WELCOME TO MY MATHS WORLD!!! s-puvaneswari.blogspot.com

Monday, 14 November 2011

Mari Belajar Matematik




Apabila seseorang kanak-kanak mula menggunakan spirograf, mereka akan melalui beberapa tahap pembelajaran:
  • Pertama, kanak-kanak tersebut akan menyelidiki dan melihat apa yang dia berupaya mencipta melalui spirograf. Secara rawak, kanak-kanak tersebut akan memilih pelbagai roda bergigi. Kemudian dia akan mula mencipta muka surat demi muka surat rekabentuk rawak.
  • Lambat-laun, kanak-kanak itu akan belajar bagaimanakah mencipta jenis spirograf berputar yang digemarinya. Bagaimanakah dia dapat mencipta spirograf yang mempunyai beberapa atau banyak titik. Bagaimanakah mereka dapat mencipta spirograf yang besar atau kecil.
  • Akhir sekali, dia boleh juga menggabungkan beberapa lengkok spirograf untuk membentuk gambarajah yang kompleks.
1)Dalam proses pembelajaran membentuk spirograf tersebut, kanak-kanak akan mengetahui jawapan untuk soalan di bawah.
2)Sekiranya saiz roda adalah sekian sekian, apakah jenis rekabentuk yang akan dicipta?

3)Di sinilah konsep Matematik perlu digunakan.
4)Saya akan tunjukkan kepada kamu apakah yang saya maksudkan. Jadual di bawah menunjukkan beberapa rekabentuk spirograf. Saya telah memilih saiz bulatan yang bergerak dan saiz bulatan tetap melalui cara yang sistematik.


Jejari 1 BergerakJejari 2 BergerakJejari 3 BergerakJejari 4 BergerakJejari 5 Bergerak
Jejari 9 Tetap
Jejari 10 Tetap
Jejari 11 Tetap
Jejari 12 Tetap

    Kanak-kanak akan memperolehi jawapan bagi soalan-soalan berikut ketika     
    bermain spirograf.
  • Kenapakah, bilakah bulatan yang tetap saiznya ialah 11, adakah bintang sentiasa mempunyai 11 titik? Apakah saiz yang lain yang mempunyai ciri-ciri sedemikian?
  • Bulatan saiz 9 dan 3 akan membentuk segi tiga. Begitu juga dengan bulatan saiz 12 dan 4. Adakah saiz bulatan yang lain membentuk segi tiga? Adakah bulatan saiz 15 dan 5 membentuk segi tiga? Apakah rekabentuknya?
  • Apakah saiz yang akan membentuk bintang empat titik? Satu jorong?
     Soalan-soalan di atas semuanya mempunyai jawapan Matematik di sebaliknya. Oleh itu, kanak-kanak bukan sahaja dapat mencipta gambar spirograf yang menarik dan cantik sebagai hasil seni, mereka juga secara tidak langsung berupaya mempelajari Matematik melalui hasil seni mereka. Sekiranya anda ingin menjadikan pembelajaran Matematik lebih jelas dan konkrit. Di sini, saya telah menyediakan beberapa idea yang dapat membantu anda:
  • Minta kanak-kanak tersebut membuat eksperimen dam cuba mencari jawapan untuk soalan di atas.
  • Sediakan satu jadual seperti yang di atas, tetapi jangan masukkan gambar spirograf, biarkannya kosong.
  • masukkan lebih banyak baris dan lajur
  • Kemudian minta kanak-kanak tersebut untuk mengisi jawapan kepada soalan berapakah banyak titik yang ada pada satu bintang?Kanak-kanak juga akan diminta untuk meneka beberapa jawapan sebelum menggunakan spirograf tersebut.
      Sudah tentu terdapat lebih banyak soalan yang lain yang boleh dikemukakan kepada kanak-kanak itu. Gunakan kreativiti anda untuk membentuk pelbagai soalan. Sekiranya anda ingin menggalakkan kanak-kanak menggunakan spirograf, anda boleh mencadangkan kepada kanak-kanak untuk membuat kad hari ibu atau hari bapa atau harijadi dan kad untuk perayaan yang lain...


Cuba web di bawah.........
http://katiesliteraturelounge.blogspot.com/2009/09/mathematical-monday.html

No comments:

Post a Comment