WELCOME TO MY MATHS WORLD!!! s-puvaneswari.blogspot.com

Thursday, 1 December 2011


Pendekatan Bahasa Murid dibahagikan kepada EMPAT langkah: 
Langkah 1: Bahasa Murid 
   Bahasa Murid ialah bahasa seharian yang biasa digunakan oleh setiap murid untuk menerangkan sesuatu yang mereka lihat dalam cerita atau situasi yang kita berikan. Situasi yang dibina akan boleh merangsang murid bercakap dalam bahasa mereka sendiri. Galakkan mereka bercakap dan mereka-reka cerita berdasarkan situasi. Beri mereka masa yang cukup untuk tujuan ini. Antara aktiviti yang boleh merangsang mereka untuk turut serta dalam perbincangan adalah seperti berikut:
  • Gunakan gambar yang menarik minat mereka. Umpamanya gambar budak-budak bermain di padang.
  • Adakan cerita. Adakan ilustrasi melalui gambar/grafik yang besar.
  • Main peranan berdasarkan tema yang ditetapkan guru.
  • Bermain dengan bahan manipulatif.
  • Cerita yang direka sendiri oleh murid.
Langkah 2: Bahasa Bahan. 
    Pada peringkat ini, bahasa dan istilah yang digunakan adalah berkisar disekitar situasi, cerita yang diberikan oleh guru matematik. Di sinilah sepatutnya konsep matematik dimulakan. Konsep tolak dalam matematik umpamanya dikenalkan sebagai...asingkan, jatuhkan, hilang, sudah dimakan, pecah, terbang dan sebagainya. Manakala konsep tambah dalam matematik pula dimengertikan sebagai....datang lagi, dapat lagi dan disatukan. Sambil menggunakan bahasa yang sesuai seperti;
"Apa akan jadi jika semua bola ini dihimpunkan sekali"
        Galakkan mereka menggunakan bahan manipulatif untuk mewakilkan aksi, situasi, keadaan bahan dalam cerita mereka. Gunakan teknik menyoal yang baik untuk merangsang mereka ke arah konsep matematik yang ditetapkan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Sambil merujuk kepada gambar, situasi dan cerita, guru haruslah mencuba membuat soalan berkaitan dengan konsep tambah yang dipelajari untuk hari berkenaan. Terpulanglah kepada kreativiti seseorang guru matematik itu untuk membuat soalan-soalan matematik yang boleh membawa kepada sesuatu konsep matematik yang ingin disampaikan.


Ilustrasi 1: Apakah cerita matematik yang murid boleh buat tentang gambar di atas?
       Sebagai sifat semulajadi seorang kanak-kanak yang suka bertanding, mereka akan berebut untuk bercerita berdasarkan pengalaman masing-masing. Guru harus menerima dan bersetuju dengan cerita mereka. Di antara perkataan yang akan kita dengar ialah 'kupu-kupu', 'rama-rama', 'katak hijau', 'katak kelabu','katak besar', 'pokok', 'jambatan', 'rumah'' dan mungkin murid nyatakan dalam dalam bahasa Inggeris seperti 'frogs' dan 'butterflies'.
       Dalam situasi di atas, guru boleh membuat perbezaan bilangan katak hijau dengan katak kelabu, bilangan kupu-kupu dan lain-lain lagi. Kemahiran operasi matematik iaitu menambah dan menolak boleh dipelajari serentak.


Langkah 3: Bahasa Matematik. 
       Selepas murid mengambil bahagian dengan aktif dalam perbincangan menggunakan Bahasa Murid, guru bolehlah membimbing murid menggunakan istilah atau bahasa matematik yang betul. Umpamanya, jumlah katak kelabu dengan katak hijau itu boleh dikatakan sebagai: 
"Tiga katak hijau tambah dengan empat katak kelabu bersamaan dengan tujuh" 
    Begitu juga jika mencari perbezaan. Jumlah katak ialah tujuh dan tiga berwarna hijau dikatakan sebagai tujuh tolak tiga berbaki empat. Pada peringkat ini, guru dengan murid masih lagi secara lisan dan memanilupasi bahan konkrit yang ada bersama mereka.
Langkah 4: Simbol (Perwakilan) 
Langkah berikutnya ialah guru menggunakan perwakilan berbentuk bahan manipulatif untuk mewakilkan situasi seperti di atas. Contoh:
3 ekor katak hijau diwakilkan dengan    dan ditambah dengan 4 ekor katak kelabu yang diwakilkan dengan    . 
Jumlahnya ialah tujuh (7).
Situasi ini boleh dituliskan dengan ringkas seperti  3 + 4 = 7. 
      Setelah melalui EMPAT langkah tersebut, adalah diharapkan murid dapat menguasai sesuatu konsep matematik berdasarkan kemahiran mereka sendiri. Membina kefahaman melalui perincangan yang dibimbing oleh guru secara terancang dan mengamalkan prinsip pembelajaran matematik yang bermakna, berguna, seronok dan mencabar.Langkah-langkah ini juga boleh membiasakan murid dengan masalah bercerita dan boleh membantu mereka memahami masalah bercerita dengan mudah. Kebiasaan itu nanti akan menolong mereka mahir untuk memetik maklumat dan data yang relevan untuk membuat pengiraan dan mendapat jawapan.


Hasil Kaji selidik Masalah Matematik di Malaysia 
       Berdasarkan kajian masalah matematik yang dibuat oleh Clements pada tahun 1970 dan 1983 di Pulau Pinang, didapati bahawa murid Tingkatan 1 di Malaysia tidak menghadapi masalah mengira yang serius. Namun demikian, didapati ada masalah yang nyata bila membaca, memahami, dan membuat trasformasi yang betul dalam penyelesaian masalah matematik. Adalah diharapkan, dengan pendekatan yang telah dibincangkan di dalam artikel ini iaitu menggunakan bahasa murid dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.Beberapa orang penyelidik telah menggunakan kaedah 'Newman Error Analysis' untuk mengetahui bidang kelemahan murid dalam pendidikan matematik. Clements, dengan bantuan guru-guru yang berkursus di RESCAM telah membuat kajian tentang pengaruh bahasa dalam murid menjawab soalan yang berbentuk cerita. Semua guru bersetuju bahawa ayat yang digunakan adalah mudah difahami dan masalah yang dikemukakan juga tidaklah kompleks atau susah.
       Sebanyak 40 soalan diberikan kepada 18 orang murid di tingkatan 1. Ujian ini dijalankan pada bulan Februari yang memberikan gambaran kepada kita bahawa kemahiran sedia ada murid adalah setakat kemahiran dan pengetahuan di tahun 6 sahaja.
Temubual dijalankan keatas semua murid sebaik sahaja keputusan ujian itu diperolehi. Di bawah adalah statistik yang diperolehi daripada temubual tersebut.
MuridSkorMembacaPemahamanTransformasiK/prosesCuai
128-32-7
228-6221
327-5321
426-45-5
523-5264
621-1423-
721-95-5
817-12641
917-8114-
1017-95-9
1116-11012
1216-1293-
1315-1482-
1414-511-10
1513-1310-4
1613-20-16
1713-85212
1813-2232-
JUMLAH %
        Daripada data di atas, jelas kepada kita bahawa peratus yang tinggi dilihat pada masalah memahami soalan dan membuat transformasi daripada ayat matematik kepada operasi yang betul. Manakala hanya 18 peratus sahaja yang melibatkan kemahiran proses pengiraan.
Dengan itu, langkah lebih awal perlu dilakukan bagi melatih murid-murid sejak dibangku sekolah rendah lagi  mengenai kemahiran memahami soalan dan membuat transformasi daripada ayat matematik kepada operasi yang betul. Gunakanlah kaedah dan pendekatan Bahasa Murid yang telah dibincangkan dalam P&P matematik anda mulai sekarang.



No comments:

Post a Comment